Cari @ Amanz

Samsung tidak asing lagi sebagai syarikat yang menghasilkan banyak cip pemprosesan untuk banyak produk, tidak kira telefon pintar atau gajet lain. Samsung turut menghasilkan cip pemproses untuk peranti pesaing, salah satu daripadanya adalah Google yang mana pada April lepas – Samsung dilaporkan bakal hadir dengan cip Exynos buatan khas untuk Google.

Terkini, laporan dari Korea melaporkan yang Samsung turut akan menghasilkan cip untuk peranti boleh pakai kepada Google. Google dikatakan menempah cip untuk menjejak pergerakan badan manusia. Google baru-baru ini aktif dalam pembangunan peranti boleh pakai, selepas bertahun mendengar ura-ura mengenai Pixel Watch dan kemudian membeli Fitbit. Google turut dikatakan ingin memperkukuhkan lagi perniagaan telefon pintar, teknologi pembesar suara pintar, realiti terimbuh, kaca mata AR dan juga perkhidmatan Internet. Sumber walau bagaimanapun tidak menyatakan nilai kontrak yang Google tandatangani dengan Samsung.

Samsung Foundry turut merekodkan kutipan mencapai $3.35 billion untuk suku kedua 2020, yang mana adalah antara yang paling tinggi dalam pencapaian mereka. Tesla dan Facebook turut dikatakan menempah cip dari Samsung untuk kereta swapandu dan teknologi AR.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd