Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kini Mempunyai Dompet Digital Tersendiri

Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kini Mempunyai Dompet Digital Tersendiri

Diterbitkan pada Ogos 5, 2020 oleh .

Penggunaan dompet digital kini menjadi norma baharu selepas kerajaan menawarkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pengunaannya. Terdapat pelbagai dompet digital di pasaran setiap satu dengan ciri menarik tersendiri. Bagi pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ), mereka kini boleh berbangga kerana menjadi SBP pertama negara dengan dompet digital tersendiri.

Aplikasi MySTJ yang dilancarkan beberapa minggu baharu memudahkan proses penyampaian dana dari ibu bapa kepada anak dan pada waktu yang sama memantau perbelanjaan mereka. Pembayaran secara nirtunai dapat dilakukan di dalam perkarangan sekolah.

Selain aplikasi juga membolehkan pelajar dan ibu bapa melihat rekod merit serta demerit pelajar dari skrin profil. Pada waktu aplikasi MySTJ boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dengan versi iOS sedang dibangunkan.



TIPS & ULASAN