ASUS ROG Phone 3 & Pixel 4a Menyokong Netflix HDR

ASUS ROG Phone 3 & Pixel 4a Menyokong Netflix HDR

Diterbitkan pada Ogos 5, 2020 oleh .

Asus ROG Phone 3 adalah peranti mercu gaming yang baru sahaja dilancarkan. Peranti ini menggunakan skrin AMOLED dan mempunyai sokongan HDR 10+. Tetapi tidak semua peranti yang ada HDR 10+ boleh terus menstrim kandungan HDR di Netflix, ia bergantung kepada Netflix sama ada ingin meluluskannya atau pun tidak.

Berita baik, walaupun di laman sokongan Netflix masih tidak menyenaraikan ROG Phone 3 untuk menyokong kandungan HDR di Netflix – XDA melaporkan yang peranti ini telah menyokongnya. Mereka menyertakan tangkapan skrin tetapan Netflix yang memperlihatkan kemampuan HDR 10 – HEVC. Resolusi pada peranti ini hanya FHD+, jadi ia boleh menstrim HDR pada FHD sahaja.

Google Pixel 4a pula, yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini secara senyap – yang mana dijual di laman Google Store dua hari lepas. Ia dijual pada harga mampu milik, iaitu sekitar RM1500 sahaja dan menggunakan skrin OLED. Walaupun ia peranti murah, Netflix tetap mengiktiraf peranti ini untuk mampu memainkan kandungan HDR.



TIPS & ULASAN