Video Memperlihatkan Rekaan Peranti Sebenar Samsung Galaxy Fold 2 Tertiris

Video Memperlihatkan Rekaan Peranti Sebenar Samsung Galaxy Fold 2 Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 5, 2020 oleh .

Acara Unpacked Samsung bagi melancarkan siri Note 20, Fold 2, Galaxy Watch 3 dan beberapa produk lain akan berlangsung pada malam ini. Antara produk yang kami sendiri tidak sabar nantikan adalah Galaxy Fold 2, yang mana berdasarkan imej yang tertiris – ia membawakan rekaan yang seksi, moden dan boleh diterima berbanding sebelum ini. Terkini, video yang memperlihatkan peranti sebenar peranti ini telah tertiris oleh peniris terkenal, Evan Blass.

Video ini dilihat adalah video rasmi yang tertiris, yang mana mungkin adalah untuk Samsung siarkan pada malam ini. Ia memaparkan rekaan yang mirip dengan yang tertiris sebelum ini. Secara keseluruhan, rekaannya sama sahaja. Tetapi modul kamera kini menggunakan rekaan segi empat yang mirip dengan trend sekarang, serta skrin kedua di hadapan adalah lebih luas dan hampir nirbingkai. Di dalam pula, menggunakan skrin berlubang dengan rekaan bezel yang selari di sekeliling.

Butiran spesifikasi masih belum jelas, tetapi sokongan 5G itu pasti. Apa-apa pun, rekaan sebegini adalah amat unik dan harapnya harga jualannya tidak semahal versi pertama dan boleh dibeli dengan mudah. Kemudian, apa yang kami inginkan juga adalah skrin yang lebih kukuh. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN