Xiaomi Mi TV Stick Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM149

Xiaomi Mi TV Stick Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM149

Diterbitkan pada Ogos 5, 2020 oleh .

Xiaomi sedia menawarkan beberapa produk mereka terus dari China melalui kedai Xiaomi Global Official Store di Shopee. Terbaru, mereka telah pun membawa masuk Mi TV Stick yang baru diumumkan beberapa minggu lepas.

Xiaomi Mi TV Stick

Xiaomi Mi TV Stick membolehkan pengguna memasangnya pada televisyen, sekaligus membawa sejumlah ciri-ciri pintar ke televisyen anda. Ia dihubungkan melalui port HDMI, dan turut menyertakan sokongan Android TV.

Pengguna turut boleh mengakses Google Play Store untuk memuat-turun aplikasi, selain turut menggunakan ciri Google Assistant dan juga Chromecast. Mi TV Stick turut hadir dengan sokongan alat kawalan khas untuk mengawalnya.

Xiaomi Mi TV Stick

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Mi TV Stick ini pada harga RM149 melalui Xiaomi Global Official Store. Berbeza dengan pengimport lain, ia turut menawarkan sokongan jaminan tempatan walaupun dihantar terus dari China. Versi rasmi tempatan dari Xiaomi Malaysia masih belum hadir lagi buat masa ini.

Beli : Xiaomi Mi TV Stick dari Xiaomi Global Official Store



TIPS & ULASAN