Carian
Instagram Memperkenalkan Reels Secara Global – Menawarkan Ciri Seumpama TikTok
August 5, 2020 Aman

Dengan pelbagai perdebatan berkaitan TikTok, hari ini Instagram mengambil peluang dan melancarkan ciri Instagram Reels secara rasminya pada peringkat global. Melaluinya, ia menawarkan ciri seumpama TikTok, terus melalui aplikasi Instagram.

Melalui Reels, ia menawarkan anda kemudahan menyunting dan berkongsi video 15-saat, dan menambahnya degan audio serta beberapa kesan penuras tambahan dalam menjadikan video berkenaan menarik.

Instagram Reels

Instagram Reels boleh dikongsikan melalui Feed, dan sekiranya akaun anda berbentuk awam, maka ia turut akan dipertontonkan pada bahagian Reels di Explore.

Pengguna boleh melakukan pilihan Reels ini pada bahagian dimana anda berkongsi Story pada hari ini. Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka boleh diakses semua dalam beberapa hari ini.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, adakah anda sudah menerima ciri ini?

Komen