Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan telefon pintar Galaxy Note20, pihak Samsung turut memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, iaitu Galaxy Watch3.

Jam tangan pintar ini meneruskan penawaran ciri premium seperti sebelum ini, selain pada masa yang sama menambah sejumlah ciri-ciri kesihatan dan kecergasan untuk menjaga kesihatan seseorang pengguna.

Samsung Galaxy Watch3 hadir dalam dua variasi, iaitu 41mm dan juga 45mm. Seperti kebiasaan, ia turut hadir dengan penawaran Bluetooth dan juga sokongan rangkaian LTE untuk model selular.

Galaxy Watch3 menggunakan skrin 1.4-inci AMOLED (1.2-inci AMOLED untuk model 41mm), dilengkapi cip Exynos 9110, memori 1GB RAM, dan storan 8GB. Ia turut menyokong ketahanan air 5ATM bersama dengannya.

Samsung Galaxy Watch3 turut membawakan kembali sokongan kebolehan memutar bezel muka jam, selain turut menawarkan sokongan untuk memantau corak tidur, kadar denyutan nadi dan sokongan ECG di Korea Selatan.

Samsung juga Galaxy Watch3 turut menyertakan sokongan mengenal-pasti apabila pengguna terjatuh dan menghantar mesej SOS untuk kecemasan. Disamping itu, Samsung turut menyertakan sokongan Samsung Pay melalui jam tangan pintar ini.

Buat masa ini, harga penawaran untuk pasaran tempatan masih belum diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd