Carian
Samsung Memperkenalkan Galaxy Tab S7 Dan Tab S7+ – Hadir Dengan Skrin 120Hz
August 5, 2020 Aman

Selain telefon pintar dan jam tangan pintar, Samsung turut telah memperkenalkan tablet terbaru mereka, iaitu Galaxy Tab S7. Dua tablet diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Galaxy Tab S7 dan juga Galaxy Tab S7+.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Tab S7 hadir dengan skrin 11-inci TFT dengan kadar segar semula 120Hz, dijana memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 5MP, selain bateri 8000mAh.

Galaxy Tab S7 Plus

Untuk Galaxy Tab S7+ pula, ia hadir dengna skrin 12.4-inci Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dilengkapi 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia turut hadir dengan bateri 10900mAh.

Kedua-dua tablet ini turut hadir dengan sokongan S-Pen bersama-sama dengannya, selain menawarkan pengalaman seumpama komputer ketika menggunakannya bersama-sama papan kekunci Book Cover Keyboard.

Dengan penawaran tablet ini, Samsung dilihat memposisikan tablet ini bukan sekadar untuk produktiviti, tetapi juga untuk menikmati kandungan melaluinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan memasuki pasaran Malaysia secara rasminya.

Komen