Selain Samsung Galaxy Note20 dan Note20 Ultra, jam tangan pintar terkini Samsung Galaxy Watch3 juga turut dilancarkan sebentar tadi. Bagi mereka yang ingin memilikinya di Malaysia. harga jualan Galaxy Watch3 ialah RM1699 untuk model 41mm dan RM1799 untuk model 45mm.
Galaxy Watch3 dilengkapi skrin 1.2″ dan 1.4″ masing-masing dari keluarga SAMOLED dengan resolusi 360×360 pixel. Cip Exynos 9110 dipadankan pula dengan 1GB RAM dan storan 8GB, Ini ialah cip yang sama seperti yang digunakan pada Galaxy Watch Active2 dan Gear Sport sebelum ini.
Peranti turut dilengkapi GPS, barometer, accelerometer, pengimbas nadi dan ECG. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kedua-duanya juga kembali menggunakan bezel berputar untuk navigasi, dan kemampuan kali air IP68. Sistem operasinya pula ialah Tizen OD 5.5. Antara perkara menarik yang diperkenalkan ialah sokongan kawalan gestur.
Di Malaysia pra-tempahan dibuka dari 6 hingga 20 Ogos 2020. Mereka yang melakukan pra-tempahan akan menerima pengecas nirwayar bernilai RM239 secara percuma. Model 45mm ditawarkan dalam warna Mystic Black dan Mystic Silver. Model 41mm pula ditawarkan dalam warna Mystic Bronze dan Mystic Silver.