Walaupun peranti siri Note20 sepatutnya menjadi tumpuan pelancaran hari ini, tetapi tumpuan telah berjaya dicuri oleh Samsung Galaxy Z Fold2. Peranti dengan skrin boleh lipat dan skrin sekunder pada bahagian luar ini membawakan pelbagai penambahbaikan berbanding Galaxy Fold tahun lalu.
Pertama sekali skrin luaran kini sebesar 6.2″ Super AMOLED yang jauh lebih besar hampir tanpa bezel lengkap dengan lubang untuk kamera swafoto 10-megapixel. Pada bahagian dalamnya pula ialah skrin boleh lipat 7.6″ Dynamic AMOLED 2X menyokong kadar segar semula 120Hz boleh ubah.
Seperti skrin luaran, skrin dalaman boleh lipat ini juga mempunyai lubang untuk kamera swafoto 10-megapixel. Dengan penggunaan bezel yang lebih kecil, skrin dalam Fold2 juga lebih besar berbanding 7.3″ tahun lalu. Untuk memastikan skrin ini tahan lasak, lapisan UTG digunakan pada skrin boleh lipat.
Peranti dijana oleh cip Snapdragon 865+, memori sebesar 12GB RAM, storan sebesar 256GB dan bateri sebesar 4300 mAh. Pengecasan pantas berwayar 25W disokong juga dengan pengecasan nirwayar. Melengkapi spesifikasi ialah tri-kamera utama 12+12+12 megapixel yang menyokong lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto.
Jualan akan dibuka pada 1 September pada pasaran terpilih tetapi harga jualannya masih lagi belum diumumkan oleh pihak Samsung pada waktu ini.