Peranti Mercu Samsung Akan Menerima Kemaskini Sistem Operasi Selama Tiga Tahun

Peranti Mercu Samsung Akan Menerima Kemaskini Sistem Operasi Selama Tiga Tahun

Diterbitkan pada Ogos 6, 2020 oleh .

Secara lazimnya peranti mercu Samsung akan menerima sokongan kemas kini versi sistem operasi selama dua tahun sahaja. Ini menimbulkan kemarahan pengguna yang membeli peranti mercu seperti Galaxy S20 dan Note10 yang dijual pada harga yang tinggi. Oleh itu di akhir acara Unpacked sebentar tadi, Samsung mengumumkan komitmen memberikan kemas kini versi sistem operasi sehingga tiga tahun.

Apa yang dijanjikan oleh Samsung ini setanding yang dijanjikan oleh Google untuk peranti-peranti Pixel mereka. Buat masa ini sokongan akan diberikan pada peranti mercu bermula dari Galaxy S10 dan ke atas. Selepas tempoh sokongan ini Samsung biasanya hanya akan memberikan tampalan sekuriti sahaja. Dengan Galaxy Note20 Ultra dijual pada harga RM5199, sokongan selama tiga tahun akan menjamin kemas kini sehingga Android 13.



TIPS & ULASAN