Cari @ Amanz

Bagi pengguna Google Assistant, tahukah anda yang Google akan merakam suara anda dan menyimpannya di pangkalan data mereka? Tujuan Google melakukan hal sedemikian adalah untuk membuat analisa dan pengkadaran suara manusia agar Google Assistant lebih mudah memahami kata-kata manusia. Menurut Google, mereka menjaga privasi dan sekuriti setiap pengguna, tetapi bagi yang skeptikal – ada berita baik untuk anda.

Google kini tidak lagi menyimpan rakaman audio pengguna secara lalai bagi yang menggunakan Google Assistant. Bagi mereka yang ingin terus membantu Google bagi menjadikan Google Assistant lebih baik, anda perlu sertai Voice & Audio Activity secara manual. Google dilaporkan telah menghantar emel kepada segelintir pengguna Google Assistant berkenaan hal ini. Google turut menyatakan semua rakaman audio akan dipadam jika tiada apa-apa pembangunan teknologi dilakukan. Manakala, pengguna yang membenarkan Google simpan rakaman audio turut boleh memadamnya melalui papan pemuka di Web & App Activity.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd