Pemalam Sarwa Untuk Chrome Memudahkan Anda Mengikuti Berita Dan Artikel Melalui Halaman Tab Baharu

Pemalam Sarwa Untuk Chrome Memudahkan Anda Mengikuti Berita Dan Artikel Melalui Halaman Tab Baharu

Diterbitkan pada Ogos 6, 2020 oleh .

Pada hari ini, halaman tab baru pada pelayar web sering digunakan untuk beberapa tujuan – termasuk untuk mencatatkan nota, atau untuk mengikuti pelbagai perkembangan terkini dengan mudah.

Chrome Sarwa

Salah satu pemalam yang turut memudahkan pengguna untuk mengikuti artikel dan berita terkini dengan membuka halaman tab baharu adalah pemalam Sarwa.

Melaluinya, ia menghidangkan 24 artikel terkini dalam bahasa Malaysia – terdiri daripada kategori kewangan, teknologi, permainan, agama dan sebagainya.

Anda hanya perlu memasang pemalam ini, dan ia akan menghidangkan pelbagai artikel terkini secara automatik setiap kali anda membuka halaman tab baru.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan memasang pemalam ini di pelayar web Chrome hari ini.

Muat-Turun Sarwa untuk Chrome



Paling Popular