Cari @ Amanz

Acara pelancaran CPU komputer riba Tiger Lake keluaran Intel telah ditetapkan pada 2 September kelak, menurut beberapa pihak pelabur Intel yang telah mengesahkan perkara tersebut. Ia dikatakan akan dilancarkan secara atas talian.

Intel Tiger Lake ialah siri CPU Intel untuk komputer terbaru yang dibina menggunakan proses 10nm yang sama digunakan pada siri CPU Intel generasi kesepuluh Ice Lake.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai siri CPU terbaru ini, tetapi apa yang menarik mengenainya ialah ia akan menggunakan cip pemprosesan grafik terbaru keluaran Intel sendiri, iaitu Intel Xe.

Intel Xe dikatakan akan melonjakkan prestasi pemprosesan grafik cip pemprosesan Intel beberapa kali ganda, dan perkara ini pernah ditunjukkan sendiri oleh Ryan Shrout, ketua strategi Intel.

Beliau menggunakan sebuah komputer riba yang dikuasakan CPU Intel Tiger Lake untuk menggerakkan permainan Battelfield V pada tetapan tinggi dan kadar segar semula 30FPS.

Adakah Intel akan memperkenalkan cip grafik Intel Xe ini untuk semua cip-cip pemprosesan siri Tiger Lake, atau adakah ia hanya akan tiba untuk model-model CPU kelas tertinggi seperti Core i9 dan Core i7 sahaja? Sama-sama kita tunggu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd