Cari @ Amanz

Android TV adalah sistem operasi kegemaran saya untuk televisyen pintar. Ia penuh dengan ciri dan fungsi, boleh menjadikan televisyen dungu menjadi pintar, boleh dijadikan sebagai peranti berhubung dan juga boleh menyeru Google Assistant untuk kawalan.

Terkini, Google telah mengemaskini Android TV dengan memperkenalkan karusel cadangan kandungan – yang mana akan memaparkan video acah sinematik yang popular tidak kira filem atau siri TV. Setiap cadangan kandungan ini dipilih oleh pakar hiburan dari Google Play atau juga kandungan yang diiklankan. Pengguna turut boleh menambah cadangan dari platform penstriman kegemaran dengan menyelarikan akaun-akaun langganan dengan akaun Google.

Bagi memudahkan pengguna, Google turut memperkenalkan satu fungsi satu klik terus daftar dan langgan. Misal kata pada Android TV ada satu kandungan yang anda lihat, bila klik ia tidak boleh dimainkan kerana anda belum langgan lagi. Tetapi melalui fungsi ini, Google akan menggunakan segala data yang anda simpan pada Google seperti nama, emel, kaedah pembayaran untuk terus klik, langgan dan pasang.

Walau bagaimanapun, kesemua kemaskini ini buat masa ini terhad di Amerika Syarikat sahaja. Bagi fungsi satu klik terus pasang dan langgan – ia terhad kepada Starz, DC Universe, dan EPIX NOW dahulu sebelum tiba ke platform lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd