Carian
Realme C12 Dengan Bateri 6,000mAh Dijangka Muncul Tidak Lama Lagi
August 6, 2020 Amy Maizuraa

Realme seakan tidak pernah kenal erti ‘penat’ apabila dilihat terus-menerus membanjiri pasaran peranti pintar dengan produk terbaru mereka. Realme C15 dan Realme C11 merupakan peranti paling terkini daripada Realme, dan kini desas-desus berkaitan Realme C12 telah mula kedengaran.

Realme C15 sendiri masih belum memasuki pasaran Malaysia buat masa ini. Menariknya, satu lagi telefon pintar dibawah siri C kini telah dalam persiapan untuk pengenalan. Melalui laman pensijilan peranti dibeberapa buah negara, kini model peranti baru Realme menerima kelulusan, iaitu model RMX2189 – diperkatakan mungkin adalah Realme C12.

Penyenaraian mendedahkan peranti ini akan dilengkapi bateri 6,000mAh dan mungkin menyokong pengecasan 10W. Berbeza dengan Realme C15 yang juga membawakan kapasiti bateri sama tetapi menyokong pengecasan 18W. Ramai membuat andaian, Realme C12 akan dilancarkan sebagai peranti dalam kelas yang sama dengan Realme C11 dan Realme C15, dan menawarkan tanda harga yang mesra poket.

Komen