Carian
Pixel 4a & Pixel 5 Mungkin Akan Diperlihatkan Pada 8 Oktober Kelak
August 6, 2020 Fahim Zahar

Pixel 4a sudah pun dilancarkan secara senyap pada 3 Ogos lepas. Ia adalah peranti kelas pertengahan Google yang mempunyai kualiti kamera yang hebat dan dijana Snapdragon 730G. Peranti ini juga mempunyai sokongan HDR10+, yang mana adalah unik untuk sebuah peranti dalam kelas ini. Google turut mengacah kehadiran Pixel 4a 5G dan Pixel 5, yang mana dikatakan mempunyai harga permulaan dari $499 – iaitu sekitar RM2090.

Terkini, laman web blog Google di Perancis telah secara tidak sengaja menyatakan tarikh pra-tempah Pixel 4a 5G dan juga Pixel 5. Ini tidak begitu lama berbanding dengan Pixel 4a yang sudah boleh ditempah sekarang – tetapi jualan rasminya 20 Ogos. Melalui artikel yang Google terbitkan ini, Pixel 4a 5G dan Pixel 5 boleh dipra-tempah bermula 8 Oktober. Walau bagaimanapun, Google telah membuangnya – ini mungkin tidak ingin memberi semangat palsu kerana Pixel 4a turut ditunda beberapa kali.

Apa-apa pun ini adalah berita menarik bagi peminat Pixel, tetapi tidak begitu memuaskan kerana tidak sampai 2 bulan menggunakan Pixel 4a versi 5G dan Pixel 5 sudah tiba.

Komen