OnePlus sedia terkenal dengan penawaran antaramuka yang ringkas, bersama sistem operasi yang lebih dioptimasikan melalui apa yang dipanggil Oxygen OS.
Terbaru, ia dilihat OnePlus menyertakan aplikasi Facebook secara terbina pada telefon pintar mereka dibawah siri OnePlus 8 dan juga OnePlus Nord.
OnePlus dilihat menyertakan beberapa aplikasi dan perkhidmatan Facebook secara terbina. Walaupun aplikasi berkenaan boleh dinyah-pasang, namun beberapa perkhidmatan Facebook yang ditawarkan pada latar tidak boleh dinyah-pasang sepenuhnya.
OnePlus bukan syarikat pertama yang menyertakan aplikasi Facebook secara terbina. Sebelum ini, Facebook turut disertakan pada peranti keluaran Samsung.