Microsoft sebelum ini telah mengatakan mereka sedang dalam perbincangan untuk pengambil-alihan operasi TikTok di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Menariknya, kini mengikut laporan baru dari Financial Times, Microsoft dikatakan memperluaskan cita-cita mereka, dan inginkan operasi global TikTok.
Ia dikatakan Microsoft berminat untuk membeli keseluruhan perniagaan TikTok pada peringkat global – termasuk India dan Eropah.
Buat masa ini, ByteDance diberikan tarikh sehingga 15 September untuk sama ada menjual perniagaan mereka atau aplikasi mereka diharamkan di Amerika Syarikat.
Pihak ByteDance dan Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan cita-cita global Microsoft baru ini.