Cari @ Amanz

Hampir kesemua diantara kita menggunakan pelbagai peranti pintar dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah telefon pintar, jam tangan pintar, televisyen pintar, komputer riba dan sebagainya. Benar, setiap peranti mempunyai kegunaan dan kehebatannya yang tersendiri. Namun, bagi Samsung sendiri, mereka inginkan pengguna untuk menikmati kehidupan seharian yang lebih mudah melalui teknologi daripada mereka. Oleh itu, Samsung membangunkan ekosistem tersendiri yang menawarkan sambungan yang lancar untuk semua peranti. Ini sekaligus dapat memudahkan, melancarkan dan meningkatkan produktiviti harian pengguna, dan juga hiburan antara peranti tanpa batasan.

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan siri Galaxy Note 20 mereka, yang terdiri daripada Galaxy Note20 4G, Galaxy Note20 5G, dan juga Galaxy Note20 Ultra 5G. Tetapi dalam artikel kita kali ini, saya akan menghuraikan tentang apa yang anda boleh lakukan dengan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G. Seperti yang ada pada siri Galaxy Note sebelum ini, Galaxy Note20 Ultra 5G ini dilengkapi dengan stylus keluaran mereka, iaitu S Pen.

Sokongan S-Pen Yang Responsif

Menurut Samsung, versi S Pen pada siri Note20 Ultra 5G ini adalah lebih responsif yang mana tindak balas pergerakkan S Pen lebih laju iaitu sepantas 9ms. Malah, anda juga dapat mengawalnya tanpa perlu sentuhkan S Pen ini pada skrin peranti. Fungsi ini dinamakan sebagai Air Gesture, yang membolehkan pengguna kembali ke muka hadapan peranti, melakukan aksi back dan pergi ke skrin multi-tugas dengan melakukan lakaran di udara menggunakan S Pen serta pelbagai lain aksi yang boleh dilakukan.

Sambungan Ke Microsoft Windows Dengan Mudah

Bukan itu sahaja, telefon pintar keluaran Samsung yang terbaru ini juga menyokong untuk membuat sambungan kepada Windows. Ini menjadikan proses pemindahan fail menjadi lebih mudah dan pantas. Kini, anda tidak lagi memerlukan kabel dan juga pendrive untuk memindahkan fail. Dengan Galaxy Note20 Ultra 5G, anda boleh pindahkan fail daripada telefon pintar ke komputer riba Windows anda dengan cara Drag & Drop sahaja. Malah, jika dahulu hanya satu aplikasi sahaja boleh dijalankan dalam satu masa, dengan Galaxy Note20 Ultra 5G, anda boleh menjalankan sehingga 5 aplikasi dalam satu masa, seolah olah anda menggunakan PC atau komputer riba. Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi produktiviti harian anda.

Samsung DeX Secara Nirwayar

Selain itu, fungsi lain yang membantu anda untuk memudahkan dan meningkatkan produktiviti harian adalah sokongan Samsung DeX. Melalui sokongan ini, anda boleh melakukan multi-tugasan dengan menggunakan TV sebagai skrin kedua anda tanpa perlu risau anda hilang kawalan pada peranti. Apa yang lebih mengagumkan adalah fungsi Samsung DeX ini boleh disambungkan secara nirwayar.

Hiburan Tanpa Batasan

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G ini juga disasarkan untuk pengguna yang gemar bermain permua. Ini kerana ia menerima sokongan Game Booster, paparan seluas 6.9 inci Dynamic AMOLED 2X dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz, dan sambungan 5G yang laju. Malah, skrinnya juga mampu untuk memaparkan paparan yang lebih terperinci dan menyokong untuk menghasilkan paparan sehingga 8K video pada kadar 24fps. Dengan gabungan hebat antara komponen dalam peranti ini, ia sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih lancar, tidak mengalami masalah lengah masa sekaligus meningkatkan prestasi permainan anda.

Pra-Tempah Sekarang

Jadi, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan siri Samsung Galaxy Note20 ini dan juga Watch3, anda boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini sehingga 20 Ogos 2020 sementara stok masih ada. Terdapat tiga pilihan untuk membuat pra-tempah, samaada di kedai fizikal Samsung, pengedar-pengedar rasmi Samsung, dan juga kedai atas talian Samsung. Bagi anda yang membuat pembelian terawal, anda juga berpeluang untuk menerima hadiah menarik daripada mereka seperti tertera dibawah, dan juga hadiah tambahan, iaitu UV Sterilizer yang bernilai RM299 dan juga pengecas nirwayar bernilai RM209 bagi setiap pembelian Galaxy Note20, Note20 5G dan juga Note 20 Ultra 5G.

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd