Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Pixel Dengan Skrin Boleh-Lipat

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Pixel Dengan Skrin Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Ogos 7, 2020 oleh .

Google Pixel 4a adalah Pixel terbaru dari Google selepas Pixel 4. Kelak, Google akan melancarkan Pixel 4a 5G dan juga Pixel 5. Untuk peranti mercu, Google dilihat masih tidak berpengalaman dan tidak gah seperti zaman peranti Nexus. Peranti mercu Pixel sentiasa menerima kritikan dengan harga yang mahal dan kedekut spesifikasi. Peranti kelas pertengahan mereka seperti Pixel 3a dan Pixel 4a walau bagaimanapun, menerima pujian yang tinggi kerana spesifikasi dan harga.

Terkini, pihak 9to5Google menerima akses untuk satu dokumen Android yang tertiris. Dalam dokumen ini, Google ada menyatakan mereka sedang membangunkan perisian untuk peranti Pixel 5a, peranti Pixel dengan skrin boleh lipat, dan dua lagi peranti tersendiri Google. Kod nama yang Google berikan adalah “barbette” untuk Pixel 5a “raven dan” “oriole” untuk Pixel 6 dan “passport” untuk peranti boleh lipat mereka. Setiap nama ini adalah sangkaan sahaja dan  tiada bukti kukuh apakah peranti sebenar mewakili setiap kod. Seperti semua sedia maklum, kod nama Pixel sentiasa berdasarkan nama-nama jenis ikan.

Google jelas sekali tidak ingin mengalah dalam menghasilkan peranti baru, lagi-lagi peranti mercu. Usaha Google ini mungkin akan menambat hati pengguna kembali jika mereka tidak kedekut spesifikasi dan bijak dalam menawarkan harga yang bersesuaian. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN