Razer hari ini telah mengumumkan pengenalan pelapik tetikus terbaru, dinamakan Razer Acari pada harga RM309, dan bakal dijual di Malaysia bermula September 2020 ini.
Razer Acari ini hadir dengan ruangan sebesar 420x320mm, dan menjanjikan pengalaman penggunaan tetikus yang baik bersama dengannya. Razer mengatakan ia menawarkan beberapa elemen tambahan yang menjanjikan kesan geseran yang lebih rendah, selain mengurangkan kesan minyak dan debu padanya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan pelapik tetikus ini bermula awal September ini di Malaysia.