Cari @ Amanz

MediaTek telah mengumumkan modem 5G T700 yang khusus untuk kegunaan di komputer riba. Ia adalah hasil kerjasama MediaTek dengan Intel yang tidak lagi menghasilkan modem mereka sendiri selepas perniagaan tersebut dijual tahun lalu.

Modem T700 ini hanya menyokong rangkaian 5G Sub 6 SA sahaja pada waktu ini. Dengan pelancaran modem ini, komputer riba yang menggunakan cip pemproses Intel akan dapat mengakses rangkaian 5G yang terpantas sekarang. Komputer riba pertama yang akan menggunakan modem T700 ini akan mula dipasarkan pada suku pertama 2021.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd