Cari @ Amanz

Masalah terbesar media sosial ialah mendapat sumber berita yang boleh dipercayai kesahihannya. Tetapi terdapat beberapa media yang sebenarnya dimiliki oleh kerajaan yang tugasnya hanya melaporkan berita yang dibenarkan. Maka tidak mengejut jika media rasmi Rusia akan sentiasa menyokong Putin dan media rasmi China pula menidakkan penghapusan etnik di Xinjiang. Untuk memastikan ketelusan ciapan dari akaun media, Twitter hari ini memperkenalkan label baharu pada akaun tertentu.

Akaun ketua dan kakitangan kerajaan di peringkat tinggi kini mempunyai label tambahan yang mengesahkan ia adalah akaun rasmi milik kerajaan. Sebagai contoh akaun rasmi White House kini mempunyai label ia dimiliki oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Akaun-akaun media rasmi negara pula akan diberikan label ia mempunyai perkaitan rapat dengan kerajaan negara tersebut. Dengan pengenalan label baharu ini, Twitter berharap maklumat yang diciap menerusi akaun-akaun ini akan boleh dinilai sendiri oleh pengguna platform mereka.

Pada waktu ini hanya akaun milik dan media rasmi kerajaan negara ahli Lembaga Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sahaja akan dilabel. Negara tersebut Amerika Syarikat, China, Perancis, Rusia dan United Kingdom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd