Cari @ Amanz

Bulan Jun lepas, HTC telah kembali dengan peranti baru iaitu HTC U20 5G dan HTC Desire 20 Pro. Kedua-dua peranti ini adalah peranti kelas pertengahan dan HTC sudah lama tidak hadir dengan peranti mercu. Ini mungkin kerana, peranti mercu terakhir mereka, HTC U12+ yang mana agak mengecewakan. Baru-baru ini, HTC kembali lagi dengan sebuah peranti baru melalui siri Wildfire – HTC Wildfire E2.

Peranti ini adalah peranti kelas asas yang dijana dengan cip Helio P22 dan dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Ia menggunakan skrin 6.2-inci IPS LCD HD+, kamera utama 16+2 MP dan kamera swafoto 8MP. Kamera swafoto diletakkan pada takuk kecil di hadapan dan keseluruhan rekaan adalah bezel tebal dan badan polikarbonat. Untuk bateri, ia menggunakan 4000mAh melalui pengecasan pada port microUSB dan mempunyai port bicu audio.

Peranti ini dilihat dijual di Rusia sahaja pada harga RUB 9,990, iaitu sekitar RM569. Di Malaysia, peranti yang lebih kurang sama dengan peranti ini adalah Huawei Y6P yang mana menggunakan HMS – HTC Wildfire E2 ini pula menggunakan Android 10 dan ada GMS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd