Cari @ Amanz

Galaxy Z Flip ialah antara peranti skrin boleh-lipat yang telahpun dipasarkan di Malaysia. Tetapi semasa pelancaran, peranti menerima jaminan gantian skrin sekiranya berlaku kerosakan dalam masa setahun selepas pembelian. Selepas tiga bulan dipasarkan, Samsung Malaysia akhirnya menerbitkan senarai kos gantian skrin untuk kedua-dua peranti.

Kos menukar skrin luaran Galaxy Z Flip ialah RM335 sebuah dan skrin dalaman boleh lipat pula ialah RM2508. Walaupun saiz skrin pada Z Flip adalah lebih kecil berbanding Fold, kos gantiannya hanya sedikit lebih rendah. Maka kepada pengguna kedua-dua peranti ini anda harus berhati-hati kerana kos menggantikan skrin adalah lebih tinggi dari membeli sebuah Galaxy A71.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd