Cari @ Amanz

Awal bulan lalu kerajaan India mengharamkan hampir 100 aplikasi dari China kerana pertelagahan yang berlaku di antara kedua-dua negara. Antara aplikasi yang diharamkan ini terpasang pada peranti keluaran Xiaomi. Memandangkan aplikasi terpasang tidak boleh dipadam sepenuhnya, ia kini mengambil ruang storan dalam peranti.

Pihak Xiaomi India telah mengumumkan kemas kini baharu akan diberikan dalam minggu-minggu mendatang. Ia akan membuang aplikasi-aplikasi yang kini diharamkan oleh kerajaan India. Turut diumumkan ialah aplikasi MIUI Cleaner tidak akan dibuang kerana ia sebenarnya tidak menggunakan sistem CC Cleaner yang termasuk di dalam senarai diharamkan.

Pengguna di India juga tidak perlu risau mengenai data peribadi mereka kerana ia telah disimpan dalam pelayar India sejak 2018 lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd