Rekaan Xiaomi Mi 10 Ultra Tertiris Mendedahkan Sokongan Zum 120X

Rekaan Xiaomi Mi 10 Ultra Tertiris Mendedahkan Sokongan Zum 120X

Diterbitkan pada Ogos 8, 2020 oleh .

Xiaomi Mi 10 Ultra akan dilancarkan kelak dengan Snapdragon 865+ yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 865 yang digunakan pada Mi 10 awal tahun ini. Pelbagai ura-ura didengari dan hari ini poster rasmi peranti telah akhirnya tertiris ke arena web,

Poster menunjukkan rekaan sistem kuad-kamera yag digunakan pada bahagian belakang. Bonggol yang digunakan nampak lebih kecil jika dibandingkan dengan yang dilihat pada Galaxy S20 Ultra dan P40 Pro+. Paling penting sekali kemampuan zum kamera kini ialah sehingga 120X. Ini meletakkan Mi 10 Ultra ialah peranti dengan kemampuan zum terbaik pada peranti mudah alih. Bagi mencapai tahap zum yang tinggi ini, peranti akan dilengkapi mekanisme periskop.

Seperti beberapa peranti Xiaomi sebelum ini, Mi 10 Ultra juga akan ditawarkan dalam versi lutsinar yang menunjukkan komponen dalaman. Xiaomi Mi 10 Ultra akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Ogos hadapan.



TIPS & ULASAN