Bill Gates Masih Ragu-Ragu Pengambil-Alihan TikTok Oleh Microsoft – “Hendak Untung, Mungkin Buntung”?

Bill Gates Masih Ragu-Ragu Pengambil-Alihan TikTok Oleh Microsoft – “Hendak Untung, Mungkin Buntung”?

Diterbitkan pada Ogos 9, 2020 oleh .

Microsoft telah pun menyatakan minat terhadap pengambil-alihan operasi TikTok di beberapa buah negara, dan ada yang mengatakan ia mungkin dibincangkan untuk pengambil-alihan pada peringkat global. Namun, masih ramai pihak yang skeptik dan ragu-ragu terhadapnya.


Salah seorang adalah pengasas Microsoft sendiri, iaitu Bill Gates. Melalui wawancara bersama Wired, Bill Gates mengatakan beliau masih tidak ketahui apa akan jadi dengan pengambil-alihan ini.

“Ia mungkin adalah untung jangka masa pendek, dan mungkin sukar untuk jangka masa panjang”. Beliau menambah, “perniagaan dalam arena media sosial bukan sesuatu yang mudah”.

Seperti ramai sedia maklum, arena media sosial memerlukan pemantauan kandungan, memastikan data pengguna disulitkan, dan sejumlah perkara lain dalam memastikan ia beroperasi dengan lancar.

Bill Gates turut menambah yang mana beliau menyukai arena media sosial semakin kompetitif, tetapi tidak mengemari langkah Donal Drump yang ingin membunuh pesaing.

Apa pun, keputusan pengambil-alihan masih bergantung kepada Microsoft yang kini diterajui oleh Satya Nadella. Microsoft menyasarkan selesai berbincang mengenai pengambil-alihan ini dalam tempoh sebelum 15 September 2020 ini.



TIPS & ULASAN