Telefon pintar kini menjadi satu keperluan kepada kita semua. Inovasinya setiap tahun telah memberi kita kemudahan kepada kita semua harini. Daripada sebuah telefon berwayar dan sukar untuk dibawa kemana mana, kini ia sudah boleh dimuatkan dalam poket kita semua. Bukan sekadar rekaan, malah prestasi penggunaannya juga telah melalui pelbagai inovasi. Antara salah satu komponen yang telah ditambah dan menjalani proses inovasi adalah sokongan kameranya. Ia bukan sahaja memudahkan, malah inovasi ini telah menjadi lebih pintar seiring dengan kemajuan dunia teknologi masa kini.
Bagi OPPO sendiri, bagi mengikuti arus permodenan teknologi, mereka baru sahaja melancarkan siri telefon pintar terbaru, dikenali sebagai siri OPPO Reno4. Namun, pada kali ini saya akan menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan OPPO Reno4 Pro yang menawarkan pelbagai fungsi kamera yang menarik. Tetapi sebelum ini, adalah lebih baik untuk kita tahu tentang spesifikasi umum bagi peranti ini. OPPO Reno4 Pro dilengkapi dengan rekaan skrin melengkung 3D Borderless Sense Super AMOLED seluas 6.55 inci dengan kadar segar semula 90Hz, menerima janaan cip Snapdragon 720G, bateri sebesar 4000mAh yang didatangkan dengan pengecasan terpantas untuk telefon kelas pertengahan iaitu 65W SuperVOOC 2.0, memori 8GB RAM bersama storan 256GB.
Manakala bagi penawaran kamera pula, OPPO Reno4 Pro ini dilengkapi dengan gabungan kamera 48MP untuk rakaman utama, 8MP untuk rakaman ultra lebar, 2MP untuk makro dan 2MP untuk sensor mono. Kamera swafotonya pula menggunakan hadir dengan lensa 32MP. Untuk pengetahuan anda, kamera utama 48MP yang dibina pada telefon pintar ini mampu merakam gambar beresolusi tinggi, iaitu sehingga 108MP. Dengan resolusi setinggi ini, ia tidak memberikan sebarang masalah sekiranya anda ingin menyunting gambar, seperti memotongnya kepada saiz yang lebih kecil kerana ia masih boleh mengekalkan gambar yang jelas.
Pernahkah anda melihat sesuatu gambar dimana hanya subjek di dalam gambar sahaja yang berwarna dan sekelilingnya adalah berwarna hitam putih? Jika dahulu, gambar seperti ini perlu disunting menggunakan perisian (software), kini efek dan penuras ini sudah siap terbina pada OPPO Reno4 Pro, dikenali sebagai AI Portrait Color. Fungsi ini menyokong untuk dirakam menggunakan kedua-dua kamera, samaada kamera belakang dan juga swafoto, dan samaada gambar dan juga video. Melaluinya juga anda boleh menghasilkan video monokrom yang mana apabila anda merakamnya menggunakan kamera belakang, hanya warna RGB yang dipilih sahaja yang akan difokuskan, manakala sekelilingnya akan bertukar menjadi warna monokrom. Ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa anda yang gemar menyunting gambar seperti ini.
Salah satu teknik untuk menampakkan penggambaran malam lebih menyerlah adalah dengan menggunakan lampu RGB pada latar belakang gambar. Namun, untuk mendapatkan rakaman gambar dengan berlatar belakangkan lampu bersama kesan kabur pada gambar, ia memerlukan lensa bokeh dan teknik suntingan yang baik. Bagi OPPO Reno4 Pro sendiri, telefon pintar ini menyertakan mod Night Flare Portrait pada kameranya. Jadi, apabila anda merakam gambar menggunakan mod ini, ia akan menghasilkan gambar kesan bokeh yang semulajadi untuk latar belakang gambar. Sekiranya anda sedang berjinak-jinak untuk menjadi seorang juru gambar. dengan menggunakan OPPO Reno4 Pro ini dapat menyerlahkan lagi bakat anda.
Untuk rakaman video pula, selain mampu merakam video dengan fungsi AI Color Portrait, OPPO Reno4 Pro ini juga menyokong untuk menghasilkan rakaman video gerak perlahan pada kadar 960fps. Fungsi ini dibantu oleh algoritma yang akan mengesan pergerakkan sesuatu objek yang bergerak di dalam rakaman dan akan merakam pergerakkannya secara automatik.
Sekiranya anda pengikut siri Reno yang sebelum ini, semestinya anda tahu bahawa OPPO mementingkan fungsi rakaman video yang stabil pada siri ini. Bagi OPPO Reno4 Pro sendiri, mereka telah menyertakan fungsi penstabilan video yang telah dinaiktaraf, iaitu Ultra Steady Video 3.0. Dengan ini, anda boleh menghasilkan video dengan stabil tanpa mengira apa posisi anda berada.
https://www.youtube.com/watch?v=-ARA4yjYkqs&feature=youtu.be
Setelah seharian menggunakan OPPO Reno4 Pro untuk penggambaran, sudah tentu baterinya juga akan berkurang. Namun anda tidak perlu risau untuk membuat pengecasan bagi telefon pintar ini banyak kali kerana kapasiti yang ditawarkan adalah sebesar 4000mAh. Malah, menurut apa yang diperkatakan oleh pihak OPPO, Reno4 Pro ini boleh membuat pengecasan penuh sepantas 36 minit sahaja melalui pengecasan pantas SuperVOOC Flash Charge 2.0 mereka.
Jadi, sekiranya anda baru berjinak-jinak untuk menjadi seorang juru gambar, anda perlu memiliki OPPO Reno4 Pro ini kerana fungsi-fungsi kamera yang disediakan sangat mudah untuk digunakan sekaligus dapat menyerlahkan kreativiti anda dalam menghasilkan gambar yang cantik. Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini dipasarkan pada harga RM2399 dan boleh dapatkannya melalui pengedar-pengedar rasmi OPPO di seluruh Malaysia.
Bagi 2,000 pembelian terawal, anda berpeluang untuk menerima baucar diskaun daripada KLOOK yang bernilai RM100 dan storan awanan OPPO sehingga 120GB secara percuma. Untuk membuat penebusan baucar, anda perlu memuat turun aplikasi My OPPO dan menebusnya dalam tempoh 6 bulan pertama pembelian. Melalui aplikasi ini juga, anda boleh menikmati servis khidmat pelanggan yang lebih mudah dan mendapatkan pelbagai harga dan baucar diskaun untuk pembelian, kos baiki, servis dan banyak lagi bagi mana-mana peranti OPPO yang terpilih.
Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia