Cari @ Amanz

Kerosakan peranti adalah perkara yang ditakuti pengguna kerana kos yang selalunya agak tinggi ditambah pula dengan kehilangan peranti selama beberapa hari. Bermula 12 Ogos hingga 1 Oktober ini, Huawei Malaysia menawarkan program baik pulih peranti pada harga serendah RM69.

Kos menggantikan skrin adalah bermula dari RM99, kos menggantikan panel belakang peranti pula bermula dari RM69 dan kos menggantikan papan induk pula bermula dari RM159. Huawei juga menawarkan gantikan panel belakang peranti pada harga RM9 dengan setiap gantian skrin LCD dan papan induk.

Kesemua komponen yang digantikan ini kemudian akan menerima jaminan selama 90 hari. Peranti yang boleh menerima gantian komponen pada harga istimewa ini ialah dari siri P, Mate, Nova, Y, Honor dan tablet MediaPad. Untuk melihat senarai lengkap peranti yang disokong, komponen yang ditawarkan serta terma dan syarat program ini sila ke pautan di bawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd