Apple watchOS 7 Kini Boleh Diuji Dalam Bentuk Beta Terbuka

Apple watchOS 7 Kini Boleh Diuji Dalam Bentuk Beta Terbuka

Diterbitkan pada Ogos 11, 2020 oleh .

Apple hari ini telah pun menerbitkan watchOS 7 dalam bentuk beta terbuka – sekaligus memudahkan pengguna seluruh dunia yang mempunyai jam tangan pintar Apple untuk memuat-turun dan menggunakannya.

Apple watchOS 7 menawarkan beberapa ciri baru, termasuk seperti kemudahan untuk pemantauan corak tidur, kemaskini pada aplikasi Activity yang dinamakan semula kepada Fitess, pilihan muka jam baru, serta sejumlah ciri yang lain.

Untuk makluman, bagi menggunakan watchOS 7, anda turut memerlukan telefon iPhone menjalankan iOS14. Versi perisian yang ditawarkan ini masih tidak stabil sepenuhnya, dan mungkin terdapat beberapa pepijat yang tidak dikenal-pasti lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun watchOS 7 ini melalui laman Apple hari ini.



TIPS & ULASAN