Gboard adalah aplikasi papan kekunci yang seronok digunakan. Mana-mana peranti Android yang saya gunakan, pasti akan menggunakan Gboard dan mematikan papan kekunci lalai yang disediakan. Ia padat dengan ciri yang menarik dan fungsi yang amat berguna. Malah, pada peranti iPhone saya juga turut menggunakan Gboard.
New Google Assistant keyboard dictation rolling out for some users https://t.co/oTyvEk6rOK
— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) August 9, 2020
Terkini, Google dilihat sedang menguji kemampuan menaip menggunakan arahan suara pada Gboard. Ya, fungsi ini sebenarnya sudah lama. Tetapi apa yang baru adalah, fungsi ini dikuasakan pula dengan Google Assistant. Menurut laporan, pengguna akan lihat mesej menawarkan fungsi ini pada Gboard. Berdasarkan imej yang dikongsi, Google Assistant akan kekal mendengar menunggu pengguna untuk menyebut perkataan yang ingin ditaip. Turut kelihatan adalah arahan suara “Close”, “Delete” dan juga “Send it”.
Selain itu, fungsi Smart Compose yang terkenal pada GMail dan baru-baru ini hadir kepada Docs, Sheets dan Slides – kini turut hadir pada Gboard. Walaupun sebelum ini telah ada, ia kemudiannya hilang begitu sahaja dan akhirnya telah muncul kembali. Fungsi ini menggunakan kecerdasan buatan untuk menghabiskan perkataan atau ayat yang ingin pengguna taip. Seperti biasa, Google dilihat menguji fungsi ini secara ujian A/B dan pengguna terpilih sahaja akan dapat mencubanya. Disebabkan sebelum ini beberapa fungsinya hilang dan muncul kembali, ia mungkin akan tiba secara rasmi tidak lama lagi.