OnePlus hari ini telah mengumumkan mereka bakal melancarkan OnePlus Nord di Malaysia pada 18 Ogos kelak. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran dan harga jualan untuk telefon pintar ini pada tarikh berkenaan.
OnePlus Nord hadir dengan skrin 6.44-inci dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 765G, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia dilengkapi kamera utama 48MP dibelakang dan dilengkapi lensa 8MP (sudut ultra lebar) + 5MP (sensor kedalaman) + 2MP (makro), selain kamera swafoto 32MP + 2MP.
OnePlus Nord turut dilengkapi bateri 4115mAh dan pengecasan pantas Warp Charge 30T.
Sama-sama kita nantikan 18 Ogos ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh OnePlus untuk pasaran tempatan.