Auto Isi Kata Laluan Pada Gboard Akan Lebih Baik Dalam Android 11

Auto Isi Kata Laluan Pada Gboard Akan Lebih Baik Dalam Android 11

Diterbitkan pada Ogos 11, 2020 oleh .

Jika anda menggunakan Android, anda akan perasan ada fungsi auto isi bagi alamat, kata laluan, nama, nombor telefon dan banyak lagi. Ia bermula pada Android 9, walaupun ia dikira sebagai fungsi yang stabil – ia tidak berfungsi dengan baik dan kerap mempunyai masalah mengenalpasti ruangan mengisi sesuatu (ruang isi nama, kata laluan, dsb.). Jadi, dalam Android 11 Google cuba mengubah perkara ini dengan memperkenalkan API baharu yang akan memanfaatkan pengguna.

Dalam API ini, ia membenarkan aplikasi pihak ketiga turut diintegrasikan pada Gboard. Dengan kemampuan Gboard yang ada fungsi papan klip, Smart Compose, dan banyak lagi – ia kini menyokong mengisi kata laluan. Contoh yang Android Police laporkan adalah integrasi 1Password dengan Gboard. Gboard mengenalpasti ruangan untuk mengisi kata laluan dan menggunakan 1Password untuk mengisinya. Ini bermakna Google mungkin sedar yang fungsi auto isi mereka tidak sebaik mana dan perlu bergantung kepada aplikasi pihak ketiga.

Seperti saya, saya banyak menggunakan Lastpass. Kadangkala apabila Lastpass tidak berfungsi mengisi kata laluan, tetingkap terapung akan muncul untuk memilih Copy Username atau Copy Password. Saya akan tekan Copy Password misal kata dan tampal pada ruangan tertentu melalui papan klip pada Gboard.



TIPS & ULASAN