Cari @ Amanz

Huawei sejak tiada GMS telah memfokuskan peranti berhubung, kerana mereka ingin membina satu ekosistem HMS. Jika Google ada Google Home dengan Google Assistant, Apple ada Apple Home dengan Siri, Amazon ada Alexa, Xiaomi ada Mi Home – Huawei pula ada AI Life. Ya, walaupun konsep peranti berhubung ini adalah sentiasa berhubung dengan WiFi dan antara peranti serta boleh dikawal dengan pembantu digital – Huawei sedikit berbeza dan lebih seakan Realme AIoT dengan produk yang sentiasa berhubung melalui Bluetooth atau WiFi tanpa sokongan pembantu digital.

Terkini, Huawei telah melancarkan Darren Smart Table Lamp 2 – iaitu sebuah lampu pintar dari Huawei yang boleh dipadankan dengan Huawei AI Life. Lampu ini menyokong piawaian penyalaan bertaraf AA di China dan juga boleh memancar cahaya pada sudut 360 darjah. Lampu ini turut mempunyai perlindungan dari cahaya biru, tiada masalah berkelipan dan juga radiasi agar mata pengguna tidak rosak. Cahaya yang dipancar juga adalah seluar 1.6 meter, mempunyai kecerahan sehingga 44839 LUX, indeks warna Ra>95, dan suhu warna adalah 4000K.

Disebabkan ia adalah lampu yang pintar, ia boleh belajar cara pengguna tetapkan lampu dan kelak boleh terus diakses pada aplikasi Huawei AI Life. Harga jualan adalah RMB199, iaitu sekitar RM120 sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd