Imej Pengolokan Huawei Watch Fit Tertiris – Mungkin Menjalankan Hongmeng OS

Imej Pengolokan Huawei Watch Fit Tertiris – Mungkin Menjalankan Hongmeng OS

Diterbitkan pada Ogos 11, 2020 oleh .

Huawei agak bijak dalam menghasilkan jam tangan pintar, lagi-lagi bagi siri Huawei Watch GT mereka. Ia menyokong Android dan iOS, boleh menjawab panggilan telefon, boleh membaca mesej, sistem yang lancar dan pantas serta ketahanan bateri yang baik. Selain daripada jam, mereka turut ada penjejak kesihatan seperti Talkband yang mana turut mempunyai fon telinga terbina.

Terkini, mereka mungkin akan kembangkan lagi barisan peranti boleh pakai dengan Huawei Watch Fit pula. Imej pengolokan produk ini baru sahaja tertiris, selepas beberapa hari lepas kedengaran mereka akan hadir dengan penjejak kesihatan dan juga jam tangan baharu. Jika kita ikut jadual produk mereka, peranti boleh pakai baharu ini mungkin akan menjalankan Harmony OS atau Hongmeng OS. Turut kedengaran adalah, ia akan diperkenalkan pada pelancaran siri Huawei Mate 40. Lebih mengejutkan, Huawei sebelum ini turut ada mendaftar tanda dagang bagi produk bernama Mate Watch.

Huawei Watch Fit ini menggunakan skrin 1.64-inci dari panel AMOLED dengan resolusi 456 x 280 pixel. Ia juga mempunyai ketahanan air 5ATM, pengimbas nadi, sensor pemecutan, sensor ambien, GPS dan juga barometer. Terdapat butang bujur di sisi dan juga lubang mikrofon selain daripada menyertakan sokongan pemantauan tidur, ujian tekanan, dan ujian bernafas. Bateri pula dilaporkan adalah 10 hari dan Huawei akan kekalkan sokongan pada Android dan juga iOS.

Huawei Watch Fit ini turut ditawarkan dalam pelbagai warna serta menggunakan rekaan mirip Apple Watch. Harga jualan yang dikatakan Huawei akan tawar adalah €119, iaitu sekitar RM587.



TIPS & ULASAN