Aplikasi Google Maps Kembali Ke Apple Watch

Aplikasi Google Maps Kembali Ke Apple Watch

Diterbitkan pada Ogos 11, 2020 oleh .

Imbas kembali, Apple telah menghentikan sokongan aplikasi Google Maps pada Apple Watch tiga tahun yang lalu. Sehingga kini, masih belum diketahui mengapa Apple berbuat demikian. Tetapi, terdapat spekulasi aplikasi tidak sesuai digunakan pada peranti dengan saiz skrin yang bersaiz kecil.

Namun begitu, minggu ini aplikasi Google Maps kembali ke Apple Watch. dengan fungsi navigasi langkah demi langkah untuk lokasi kebiasaan pengguna seperti rumah atau pejabat. Ini boleh dilakukan secara berjalan kaki, basikal, pengangkutan awam atau kereta. Dengan saiz pada model Apple Watch terkini yang semakin besar, rasanya sistem navigasi pada ciri ini lebih mudah diguna pakai oleh pengguna.

Dalam pada itu, Apple juga, Google Maps dikemaskini untuk sokongan tambahan pada sistem Apple CarPlay. Pengguna boleh mengawal permainan audio dan melihat kalendar tanpa perlu keluar dari skrin navigasi Google Map menerusi ciri split screen.



TIPS & ULASAN