Cari @ Amanz

Redmi K30 adalah siri peranti Redmi pada tahun ini yang dijual pada harga murah dan spesifikasi mengejutkan. Ia turut menawarkan sokongan 5G bagi sesetengah variasi, ada yang peranti mercu, ada yang memfokuskan kamera dan ada juga yang seimbang. Di Malaysia, Redmi K30 Pro dijenamakan sebagai Poco F2 Pro.

Terkini, Redmi hadir dengan variasi Ultra pula – Redmi K30 Ultra. Ia dilihat lebih rendah dari Pro, kerana dijana cip MediaTek Dimensity 1000+ sahaja. Secara keseluruhan ia adalah seakan Redmi K30 Pro tetapi dengan skrin dan dalaman yang berbeza. Skrin adalah AMOLED bersaiz 6.77-inci True Full Screen Display daripada Samsung dan menyokong 120Hz.

Untuk memori, ia ada pilihan maksima 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Kamera pula adalah 64MP lensa yang utama, 13MP sudut lebar, 5MP makro dan satu lensa kedalaman. Kamera swafoto adalah jenis pop-naik 20MP. Bateri adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Oh ya, peranti ini juga menggunakan skrin 240Hz kadar sentuhan dan turut menyokong HDR10+. Peranti ini dilancarkan sempena ulang tahun Xiaomi yang kesepuluh. Harga jualan pula bermula serendah RMB1,999, iaitu sekitar ~RM 1207.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd