Cari @ Amanz

Semalam kami melaporkan bahawa NVIDIA telah mengacahkan sesuatu mengenai ulang-tahun siri kad grafik NVIDIA GeForce mereka di Twitter, disamping sebuah acara baru dimana mereka akan memperlihatkan kad grafik terbaru yang diberi kod nama Ampere.

NVIDIA hari ini telah mengesahkan bahawa sebuah acara khas untuk siri kad grafik NVIDIA GeForce akan diadakan pada 1 September pada jam 9am PDT (2 September 12 pagi waktu Malaysia) kelak. Ia akan diperlihatkan secara atas talian, dimana CEO NVIDIA, Jensen Huang dijangka akan membuat suatu pengumuman mengenai kad-kad grafik NVIDIA GeForce yang terbaru.

https://nvidianews.nvidia.com/news/nvidia-announces-geforce-special-event-featuring-ceo-jensen-huang

Berdasarkan laman web GeForce Special Event yang dibangunkan, NVIDIA nampaknya akan menstrimkan acara ini melalui YouTube dan juga Twitch untuk kemudahan orang ramai.

Sayangnya itu sahaja butiran yang disahkan oleh NVIDIA setakat ini. Tetapi yang baiknya, mereka yang menunggu untuk menaiktarafkan komputer-komputer mereka dengan siri kad grafik NVIDIA terbaru mungkin tidak perlu menunggu terlalu lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd