Peranti Android Kini Boleh Mengesan Dan Menerima Amaran Gempa Bumi

Peranti Android Kini Boleh Mengesan Dan Menerima Amaran Gempa Bumi

Diterbitkan pada Ogos 12, 2020 oleh .

Jika anda perasan, dalam peranti kurang diganti Android anda akan ada bahagian yang memberi anda notifikasi amaran mengenai kecemasan atau bencana yang berlaku. Di Malaysia, kerajaan akan menggunakan SMS untuk memberi amaran atau apa-apa perkara. Di negara luar walau bagaimanapun, pengguna boleh menerima amaran terus ke peranti dengan pantas agar orang rama sedar dan berwaspada.

Terkini, Google mengimplementasikan pula fungsi mengesan gempa bumi pada peranti Android dan juga memberi amaran. Google bekerjasama dengan United States Geological Survey (USGS) dan juga California Governor’s Office of Emergency Services (Cal OES) untuk fungsi ini yang mana dikuasakan oleh ShakeAlert. Sistem ini dibangunkan oleh pakar seismologi yang mana menggunakan lebih 700 seismometer untuk menerima isyarat. Menurut Google, amaran beberapa saat akan memberi masa untuk pengguna menyelamatkan diri dengan baring ke bawah, berlindung atau pegang kepada sesuatu sebelum gempa bumi bermula.

Dengan hasrat Google membina rangkaian pengesanan gempa bumi yang luas di seluruh dunia, telefon  Android kini akan berfungsi sebagai seismometer kecil melalui Android Earthquake Alerts System. Semua telefon Android ada sensor pemecut yang boleh mengesan isyarat jika ada gempa bumi berlaku. Jika benar ada gempa bumi berlaku, peranti Android akan menghantar isyarat ke pelayan Google yang khusus untuk mengesan gempa bumi. Pelayan ini kemudiannya menggabungkan informasi dari peranti orang ramai untuk kepastian gempa bumi benar-benar berlaku. Tambahan Google lagi, isyarat yang dihantar ke peranti pengguna adalah sepantas pergerakan cahaya yang mana lebih pantas dari gempa bumi berlaku.

Pengguna boleh memulakan beri informasi ini ke Google dengan membuat carian “earthquake” atau “earthquake near me”. Google akan meminta pengguna menjawab “Yes, I did”, “No, I didn’t” atau “Unsure”. Google turut akan menjayakan projek ini dengan mengembankan lagi kemampuan peranti Android berfungsi sebagai seismometer mini di seluruh dunia. Dengan itu, mereka turut bekerjasama dengan pakar seperti Dr. Richard AllenDr. Qingkai Kong dan Dr. Lucy Jones bagi menjayakan projek ini.



TIPS & ULASAN