Cari @ Amanz

Mozilla Corporation ialah syarikat yang cukup terkenal untuk pelayar web mereka, Mozilla Firefox. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Mozilla Corporation akan memberhentikan ramai pekerja di pelbagai lokasi mereka.

Menurut laporan Motherboard, Mozilla telah mengeluarkan sebuah e-mel dalaman yang mengatakan bahawa seramai 250 orang pekerja akan diberhentikan, dan 60 pekerja lain akan dirombak kedudukan mereka.

Pihak pengurusan Mozilla menjelaskan bahawa pelan COVID-19 mereka tidak lagi berkesan, dan syarikat tersebut sedang mengalami kerugian yang agak besar.

Mereka yang paling terkesan ialah pejabat Mozilla di Taipei yang dilaporkan akan ditutup sepenuhnya. Mozilla dilihat akan mengurangkan fokus terhadap pembangunan peralatan pembina ciri dan pembangunan ciri platform.

Fokus syarikat tersebut akan berubah untuk meningkatkan kadar penggunaan pelayar Firefox, dan juga pembangunan perkhidmatan VPN mereka sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd