Cari @ Amanz

Sejak Pixel 4 diperkenalkan, Google telah mencuba menambah baik teknologi pengecaman suara mereka. Dalam Pixel 4 ada aplikasi perakam suara yang boleh membuat transkirb secara nyata, mencari saat di mana pengguna sebut sesuatu perkataan, menjana sari kata apabila mendengar muzik atau menonton apa jua video atau pada Pixel 4a baru-baru ini boleh membuat transkrib ketika panggilan telefon.

Terkini, Google membawakan fungsi transkrib ini ke Gboard, yang mana boleh membuat penterjemahan secara nyata. Fungsi penterjemahan dan mengecam suara pada Gboard sudah lama ada. Tetapi sebelum ini hanya salah satu sahaja boleh digunakan, kemaskini baharu ini membenarkan pengguna menggunakan kedua-duanya sekali. Ini bermakna, jika pengguna sedang ke luar negara dan orang-orang di sana bercakap bahasa asing, buka aplikasi permesejan atau aplikasi nota cakap bahasa Inggeris dan ia akan terjemah ke bahasa asing. Dalam kemaskini ini, fungsi ini mempunyai sedikit lengah masa dan ia turut boleh berfungsi dalam Google Assistant pada Gboard yang dilaporkan sebelum ini.

Kemampuan pada Gboard ini adalah mirip dengan Google Translate. Cuma kini jika ingin mesej orang luar yang menggunakan bahasa asing adalah lebih mudah dan tidak perlu salin dan tampal dari aplikasi penterjemahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd