Twitter Mengaktifkan Ciri Mengehadkan Siapa Yang Boleh Membalas Ciapan Kepada Semua

Twitter Mengaktifkan Ciri Mengehadkan Siapa Yang Boleh Membalas Ciapan Kepada Semua

Diterbitkan pada Ogos 12, 2020 oleh .

Pada penghujung Mei lalu, Twitter menguji ciri mengehadkan siapa yang boleh membalas ciapan yang dihantar oleh pengguna. Ciri ini akhirnya diaktifkan kepada semua Twitter versi Android, iOS dan juga lama web hari ini.

Apabila mengarang ciapan, ikon baharu berbentuk glob dapat dilihat di bawah kotak teks. Secara lalai ciapan akan dapat dibalas oleh semua. Apabila ikon glob ditekan dua pilihan lain akan diberikan iaitu mematikan ciapan komen atau mengehadkannya kepada akaun yang telah namanya dimasukkan dalam ciapan.

Menerusi ciri ini, perbincangan dapat dihadkan kepada individu tertentu sahaja. Ciapan terbuka kerap kali mendedahkan penghantar kepada serangan dari individu lain yang menyampuk tanpa dijemput.



Paling Popular