Google Lens Kini Boleh Memudahkan Pelajar Menyelesaikan Masalah Matematik

Google Lens Kini Boleh Memudahkan Pelajar Menyelesaikan Masalah Matematik

Diterbitkan pada Ogos 12, 2020 oleh .

Google Lens adalah aplikasi yang membantu orang ramai dari mengimbas kod QR untuk MySejahtera, menterjemah sesuatu, mencari barang melalui imej dan banyak lagi. Sejak PKP ini, saya banyak menggunakan Google Lens dan ia ternyata membantu. Baru-baru ini, Google mengemaskini Google Lens bagi memudahkan para pelajar pula. Disebabkan Covid-19 ramai pelajar tidak boleh hadir ke sekolah dan menyebabkan pembelajaran terbantut. Di Malaysia, sekolah sudah buka – tetapi di negara lain?

Apa yang Google lakukan adalah untuk membantu mereka yang masih bersekolah di rumah atau pelajar yang ingin menyelesaikan kerja sekolah di rumah. Google mengintegrasikan aplikasi Socratic mereka ke dalam Google Lens agar para pelajar lebih mudah menyelesaikan masalah matematik. Pelajar hanya perlu membuka Google Lens dan mengambil gambar masalah matematik dan Google akan paparkan jalan penyelesaian. Ada situasi, ia akan terus paparkan jalan penyelesaian lengkap berserta jawapan – tetapi ada juga yang hanya akan mengajar bagaimana cara menyelesaikannya.

Kemaskini ini hadir melalaui dari bahagian pelayan. Jadi tidak semua orang akan menerimanya, tetapi ia akan diedarkan secara berperingkat. Jika masih tidak menerimanya, anda masih boleh gunakan aplikasi kendiri Socratic yang boleh dimuat turun di Google PLay Store.



Paling Popular