Cari @ Amanz

Laman lirik Genius memfailkan saman ke atas Google pada Jun lalu kerana dituduh mencuri lirik lagu dari laman mereka. Tetapi kes saman ini telahpun ditolak oleh mahkamah kerana faktor pemilikan lirik itu sendiri.

Hakim mendapati Genius tidak mempunyai hak intelek ke atas lirik-lirik lagu dipaparkan pada laman mereka. Sebaliknya Genius hanya membayar lesen untuk menerbitkan semula lirik di laman daripada pemilik sebenar. Walaupun terdapat bukti kukuh Google bersalah mengambil lirik-lirik lagi dari Genius, mahkamah tidak boleh membenarkan kes diteruskan kerana saman tidak difailkan oleh pemilik harta intelek sebenar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd