“People Cards” Diperkenalkan Oleh Google – Tambah Informasi Diri Anda Di Carian Google

“People Cards” Diperkenalkan Oleh Google – Tambah Informasi Diri Anda Di Carian Google

Diterbitkan pada Ogos 12, 2020 oleh .

Pernah atau tidak anda mencari nama anda sendiri di Google? Pasti akan jumpa carian yang lucu, memori lama seperti zaman MySpace atau blog, atau juga terus temui profil media sosial yang terkini. Tetapi apabila mencari informasi selebriti, banyak butiran terpapar. Pernah atau tidak anda ingin rasakan perkara yang sama, orang mudah mencari anda di Google.

Terkini, Google hadir dengan People Cards iaitu hasil carian Google yang memaparkan informasi diri anda. Menurut Google, ia adalah kad lawatan virtual yang mana boleh memberitahu orang ramai mengenai laman web anda, profil media sosial yang anda ingin orang lawati dan banyak lagi informasi diri. Secara asasnya, ia adalah untuk anda membuat keputusan diri anda wujud di dalam carian Google. Tetapi syukur, yang ia adalah pilihan pengguna dan bukannya dijana secara automatik. Jadi ia terpulang kepada diri anda sama ada ingin butiran diri anda tersenarai dalam carian Google ataupun tidak. Jika anda sudah menciptanya, ia juga mudah dipadam.

Hasrat Google juga adalah bagi memudahkan orang yang ingin mencari informasi mengenai diri anda itu tepat dan bukannya informasi palsu. Isu curi identiti atau penipu ada banyak dan ia adalah menjengkelkan. Jadi dengan mencipta people cards tersendiri, informasi yang dicari di Google adalah yang benar. Google turut menyatakan, mereka yang tidak begitu popular seperti selebriti, pelakon iaitu pemangkin media sosial, YouTuber tempatan, usahawan atau mereka yang baru memulakan perniagaan boleh memanfaatkan fungsi ini.

Walaupun pengguna tidak perlu paparkan nombor telefon, mereka masih perlu mengisinya untuk membuat pengesahan.



TIPS & ULASAN