Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah – Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah – Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

Diterbitkan pada Ogos 12, 2020 oleh .

Pada hari ini, boleh dikatakan masih terdapat pemandu kenderaan yang menggunakan telefon semasa memandu. Perkara ini sangat membahayakn ramai pengguna, dan antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya.

Pandu Mahkamah

Dalam usaha untuk mengurangkan bahaya atas jalan raya, bermula 6 Julai 2020, kesalahan ini telah dikategorikan dibawah kaedah 17A, LN166/59, sekaligus menjadikannya sebagai saman yang tidak boleh dikompaun dan perlu diselesaikan di mahkamah.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pemandu yang cuai ini boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Dan sekiranya ia adalah sabitan untuk kali kedua, maka denda sehingga RM2000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali akan dikenakan.

Bagi anda yang memandu, berhati-hati dijalan raya, dan jangan abaikan sebarang peraturan yang telah ditetapkan.



TIPS & ULASAN