Di saat ramai pengeluar memfokuskan pada teknologi pengecasan pantas dan sistem keselamatan dengan ciri yang menyeluruh. ZTE dilihat mempunyai perancangan yang berbeza apabila menyasarkan untuk menjadi jenama pertama yang menawarkan peranti dengan ciri kamera di bawah skrin.
Ia berikutan tersebarnya sebuah hantaran di laman Weibo yang mendakwa ZTE bakal melancarkan peranti dengan teknologi ini tidak lama lagi. Namun begitu, ZTE dilihat masih berahsia mengenai nama dan spesifikasinya sehinggakan terlalu banyak spekulasi yang timbul mengenainya.
Terdapat ura-ura mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai ZTE Axon 20 kelak. Menguatkan lagi spekulasi ini, terdapat tangkap layar tersebar yang mendedahkan kewujudan peranti misteri ZTE dengan kod model ZTE A2021. Jika sebelum ini, ZTE Axon 10 Pro 5G dilancarkan dengan kod nombor model ZTE A2020. Rasanya, tidak menolak kemungkinan peranti misteri ini bakal dikenali sebagai ZTE Axon 20. Walau bagaimanapun, maklumat dikongsi ini masih di peringkat ura-ura.