CPU Kunpeng 920 Keluaran Huawei Dikatakan Lebih Pantas Berbanding Intel Core i9-9900K

CPU Kunpeng 920 Keluaran Huawei Dikatakan Lebih Pantas Berbanding Intel Core i9-9900K

Diterbitkan pada Ogos 12, 2020 oleh .

CPU desktop keluaran Huawei, Kunpeng 920 pernah diperlihatkan beberapa kali sebelum ini. Lain daripada CPU desktop keluaran AMD dan Intel, CPU Kunpeng 920 ini dibina menggunakan teknologi ARM, dan hadir dengan rekaan 7nm berbanding Intel yang hanya mempunyai CPU dengan rekaan 10nm.

CPU Kunpeng ini dilaporkan oleh beberapa pihak media di China sebagai mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding dengan Intel Core i9-9900K dari segi pemprosesan multi-teras.

Lebih khusus lagi, CPU yang dikatakan ialah Kunpeng 920 3211K yang mempunyai 24 teras dan mempunyai kelajuan 2.4GHz sehingga 3,0GHz.

CPU ini, yang pada mulanya dibina oleh TSMC sebelum larangan kerajaan Amerika Syarikat berkuat-kuasa dikatakan akan dimuatkan didalam sebuah komputer desktop yang diberi nama Pangu.

Dibina khusus untuk tujuan kegunaan wakil kerajaan dan industri-industri tertentu, komputer ini dimuatkan lagi dengan memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD sebesar 512GB,

Menariknya, ia juga dilaporkan bahawa komponen CPU Kunpeng ini dipateri terus ke papan induk dan tidak boleh dikeluarkan. Dalam pada itu, sistem operasi Unified Operating System (UOS) yang tidak boleh ditukar kepada sebarang sistem operasi yang lain.

Komputer Pangu ini dijangka akan tiba untuk pasaran China tidak lama lagi, tetapi samada ia akan digunakan oleh rakyat jelata negara tersebut pada skala besar-besaran masih tidak diketahui lagi.

 



TIPS & ULASAN